Wednesday, September 10, 2014

BAB 1 - SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu menganut fahaman animisme. Keadaan ini berubah selepas kedatangan islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur.

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara Cina. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut catatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari Cina, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertaman yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara, Menurul beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin). Manakala Ibnu Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara Cina antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hamper ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapa berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu.

Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun Melaka dan Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu dan Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab bebahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yag digariskan oleh Islam.

Agama islam mula berkembang di Melaka ketika negeri itu di bawah Parameswara. Parameswara dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terkahir yang berasal dari keturunan Srivijaya. Parameswara memeluk islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah. Baginda telah berkahwin dengan puteri Pasai, Indonesia. Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia. Pada 1411, Pawameswara telah membuat pelayaran melawat Negara Cina dengan rombongan pengiring sebanyaj 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo. Maharaya Yung Lo juga mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka.




Kelihatan pedagang-pedagang Arab bersembahyang di Pelabuhan Melaka. Pemeritahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdangangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka.
Pusat pusat penyebaran agama islam

Tempat                                                   Tarikh
1.Pasai                                           Abab ke 14
2.Melaka                                         Abad ke 15
3.Acheh                                          Abad ke 16

Peranan Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam

Melaka berperanan menyebarkan agama islam kerana adanya faktor-faktor tertentu. Diantara peranan Sultan iaitu Sultan Muzaffar Syah dimana baginda telah beusaha mengukuhkan dan menyebarkan agama islam di Melaka dan kawasan berhampiran dengannya. Sultan Muzaffar menjadikan hukum Islam sebagai asas pemerintahan baginda. Kumpulan dakwah pula telah berusaha mengajar hukum Islam dan dengan ini dapat membentuk meningkatkan tentang kefahaman dalam Islam. Tambahan pula Sultan Muzaffar memberikan galakan kepada pendakwh bagi melaksanakan rancangan untuk mengembangkan Islam. Antara pendakwah yang terdapat iaitu Kadi Melewar, Sayid Abdul Aziz, Maulana Abdul Sadar dan sebagainya. Mereka ini berasal dari Tanah Arab. Semasa pemerintaha  Sultan Gususan Kepulauan Melayu. Pendakwah dari Melaka telah pergi ke Pulau Jawa, Pulau Borneo dan sebahagian Selatan Filipina untuk sebarkan agama Islam.

Terdapat pedagang-pedagang yang datang ke Melaka turut mempelajari agama Islam semasa berdagang, kemudian menyebarkan pula ke negeri masing-masing. Dasar perluasan kuasa juga membantu di Sumatera seperti Johor, Pahang, Rokan dan Inderagiri. Di sini dikatakan kebanyakkan penduduknya beragama islam. Terdapat juga negeri-negeri yang secara sukarela meminta jadi sebahagian dari jajahan takluk Melaka seperti Kedah, Pattani dan lain-lain seterusnya menerima dan memeluk Islam. Ulama berperanan dalam memperkembangkan serta menyebarkan agama Islam. Setelah Islam berkembang, mereka memperluaskan serta memperdalamkan pengajaran dalam bidang tafsir, hadis dan tasawuf. Ulama juga bertugas sebagai imam, juru nikah serta katib. Antaranta Maulana Abu Bakar dari Mekah menjadi guru agam kepada Sultan Mansor. Sultan Mahmud pula berguru dengan Makhdum Sadar Jahan. Jadi di sini boleh dikatakan ulama mempunyai hubungan baik dengan sultan.

Pengaruh dan perkembangan Islam di Melaka dan juga di gugusan Kepulauan Melayu telah menghasilkan kesan-kesan yang bermanfaat antaranya ialah Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perantaraan bagi menyebarkan agama Islam. Tulisan arab telah diubah suai menjadi tulisan jawi, dan tulisan ini digunakan dengan meluas dalam surat menyurat, karya, sastera, penulisan arab dan lain-lain. Antara karya sejarah yang telah diubah penulisannya ialah Hikayat Seribu Satu Malam, Hikayat Abu Nawas dan Salatus yang dihasilkan pada zaman kegemilangan Empayar Melaka. Perkembangan agama Islam turut member kesan kepada system Kerajaan Melayu Melaka. Sultan Alaudin Riayat Shah memerintah Kerajaan Melaka berasakan kepada cara pemerintahan Khalifah Islam iaitu Saidina Umar Al Khatab. Undang-undang Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka dibentuk berdasarkan kepada hukum-hukum Islam.


Kesimpulan
Tidak ada kesepakatan dikalangan ulama tentang kriteria negara Islam kerana tidak terdapat nas Qat’i yang menentukannya. Justeru itu ulama berbeza pandangan dalam ijtihadnya dalam menentukan ciri-cirinya. Dalam pengalaman sejarah politik Islam tidak terdapat penentuan cara yang tetap dalam pemilihan pemimpin negara. Ada secara pemilihan terbuka dan ada secara warisan, tetapi semua bentuk pemimpin yang ditentukan itu diterima sah oleh ulama yang membincangkan teori politik Islam. Ulama juga tudak sepakat pendapat tentang syarat-syarat yang ditetapkan bagi ketua negara, kecuali beberapa syarat sahaja seperti keupayaan jasmani, kelayakan undang-undang, adil, kelayakan ilmu siasah, peperangan dan pentadbiran. Malaysia adalah sebuah negara Islam berdasarkan kepada majority penduduk Islam, keamanan yang dinikmati, pelaksanaan undang-undang Islam sebahagian besarnya dan kepimpinan negara dikuasai oleh orang Melayu Muslim.



Sekian, terima kasih daripada saya,
Siti Aisyhah Binti Samsudin.

No comments:

Post a Comment