Monday, September 22, 2014

Pengenalan kami :)

Assalamualaikum kepada semua yang membaca blog ini! Kami dari Politeknik Muadzam Shah, Pahang. Kami juga daripada Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual. Khusus pula adalah Reka bentuk grafik. Terima kasih kerana mengunjungi kami dalam blog ini. Apa yang terkandung dalam blog ini adalah satu kerja kami untuk submit markah pengajian malaysia. Anggota kumpulan kami ada 7 orang dan ada admin yang menerbitkan hasil kerja mereka.

Sayalah admin, Sya Noor Afiqah binti Bohary.

Bermula dari bawah, memperkenalkan ahli anggota yang menghasilkan artikel ini.

Nurul Atikah binti Gami @ Jamil

Nur Ainna Fatin binti Murat
Nur Syahirah binti Abdullah

Siti Aisyhah binti Samsudin

Siti Norashiqah binti Mohd Shukri

dan Nurul Azwa binti Kassim

Kami berharap artikel yang kami terbitkan ini dapat membantu kamu semua. Maafkan kami jika ada kesilapan. Anda juga boleh meninggalkan komen di tempat yang disediakan :)

Selamat Membaca :)

Thursday, September 11, 2014

BAB 6 - PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

6.2     KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBANGAAN  MALAYSIA

6.2.1  MENJELASKAN PERKARA  3(1)-KEDUDUKAN ISLAM DALAM 
          PERLEMBANGAAN


Pendahuluan

Peruntukan agama Islam dalamPerlembagaan Malaysia merupakan satu unsur tradisi dan perkembangan sejarahnya adalah sebahagian daripada perkembangan sejarah konsep pemerintahan beraja. Malaysia sebuah negara yang rakyatnya menganut serta mengamalkan pelbagai agama yang berlainan seperti Islam, Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain kepercayaan.
          Seperti umum mengetahui, Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi yang diguna pakai di Malaysia. Jika ada undang-undang lain yang digubal, ia mesti berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan ia akan terbatal sekiranya bercanggah denganPerlembagaan tersebut.
Kertas kerja ini akan membincangkan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Malaysia.

Perkara 3(1) – Islam sebagai Agama Persekutuan.

Agama Islam telah dimartabatkan sebagai agama Persekutuan dengan memasukkanPerkara 3(1) dalamPerlembagaan Persekutuan.Sebarangdasardanundang-undang yang dilaksanakanperlulahmengambilkirakedudukan Islam sebagai agama Negara.
Justeruitu, walaupun common law Inggeris sudah lama bertapak di negara ini, Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan memberikan ruang dan hak kepada pemerintah untuk menyesuaikan dan menyelaraskannya dengan Perlembagaan Persekutuan.Selain itu, berdasarkan sub seksyen 3(1) Akta Undang - Undang Sivil 1956, mahkamah di negara ini dibenarkan untuk mengubah suai common law England dan kaedah - kaedah ekuiti mengikut keizinan keadaan Negeri - Negeri, penduduknya dan juga keadaan tempatan. Almarhum Prof. Ahmad Ibrahim dalam bukunya bertajuk “Pentadbiran Undang - Undang Islam di Malaysia” menyatakan bahawa peruntukan tersebut sebenarnya memberi ruang kepada hakim - hakim untuk merujuk kepada undang - undang Islam dalam membuat pengubahsuaian tersebut. Namun, jarang-jarang sekali pengubahsuaian itu dibuat untuk memastikan pemakaian undang - undang Islam bagi orang Islam.
  
Sumpah jawatan Yang di-PertuanAgong (YDPA) untuk memelihara agama Islam.

Bagi memelihara kesucian dan keutuhan Islam sebagai agama Negara, Perlembagaan Persekutuan meletakkan kewajipan kepada pemerintah sama ada Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman untuk memelihara agama Islam. Perkara ini terserlah dalam sumpah Ketua Eksekutif Utama Negara, iaitu Yang di-PertuanAgong (YDPA) yang diperuntukkan dalam Jadual Keempat kepada Perkara 37 (1) Perlembagaan Persekutuan yang antara lain YDPA bersumpah dengan lafaz :Wallahi; Wabillahi; Watallahi; dan seterusnya baginda bersumpah untuk memelihara pada setiap masa agama Islam. Selaku Ketua Eksekutif Utama bagi Negara ini, sudah menjadi kewajipan semua anggota Badan Eksekutif dan Pentadbiran tanpa mengira kaum dan agama untuk melaksanakan Sumpah YDPA ini.

.Undang - undang Negeri boleh digubal untuk menyekat pengembangan agama lain di kalangan orang Islam.

Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan bertujuan menjamin kesucian agama Islam dan umat Islam daripada dipengaruhi oleh doktrinatau ajaran agama lain. Walaupun Perkara 11(1) membolehkan penganut agama lain mengamalkan dan menyebarkan agama masing-masing tetapi penyebaran itu tertakluk pada kawalan yang diperuntukkan dalam undang - undang negeri yang diluluskan di bawah Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Di BawahKuasa Sultan

Selain sifat dan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kuasa Raja-Raja Melayu dalam hal-ehwal pentadbiran agama Islam pula bersifat prerogatif dan tidak dipengaruhi oleh unsur -unsur politik. Dengan yang demikian, walau apa juga kecenderungan politik sesebuah Kerajaan negeri, ia tidak akan sama sekali menjejaskan kuasa prerogatif Yang DiPertuan Agong dan Raja - raja Melayu dalam hal-ehwal agama Islam di negeri masing - masing. Raja - raja Melayu dinasihati oleh Majlis Agama Islam Negeri - Negeri dalam hal yang berhubung dengan pentadbiran dan kemas lahatan umat Islam yang merupakan hak turun-temurun yang diwarisi sebelum kemerdekaan dicapai pada tahun 1957. Justeru itu, Kedaulatan Raja - raja Melayu sebagai Ketua Agama islam dan perkara-perkara yang melibatkan hal-ehwal Islam terus diwarisi dalam Perlembagaan.

Penubuhan Majlis Agama Islam Negeri yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri - Negeri dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri melalui institusi fatwa bertanggungjawab untuk memelihara kesucian dan keutuhan hukum Syarak dan mana-mana pihak tidak boleh membuat keputusan berkenaan dengan hukum Syarak tanpa mendapatkan pandangan daripada mufti terlebih dahulu. Sebagai contoh, fatwa mufti daripadaseluruhNegeritelahmengharamkanajaranQadianikeranaiadidapatimenyelewengkanajaran Islam yang suci walaupun pada asalnya ajaran tersebut digalakkan oleh British dan perlu dibenarkan atas alasan kebebasan beragama. Selain itu, nikah mutaah (kontrak) yang diasaskan oleh fahaman Syiah turut diharamkan oleh para mufti kerana menyimpang daripada amalan Ahli Sunnah wa al-Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.

Di bawah Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Sultan danMajlis Agama Islam Negeri untuk menubuhkan Mahkamah Syariah di Negeri masing - masing. Butiran 1, Senarai Negeri memperuntukkan “…the constitution, organization and procedure of Syariah courts which shall have jurisdiction only over persons professing the religion of Islam and in respect of any of the matters included in this paragraph…”. Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan bahawa Mahkamah Sivil tidak boleh mengganggu perintah dan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah.

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri boleh menubuhkan institusi agama Islam dan menyediakan peruntukan kewangan untuk pembiayaannya.

Walaupun di skrim inasiatas alasan agama adalah dilarang, namun Perlembagaan Persekutuan secara nyata membenarkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di bawah Perkara 12 (2) untuk menubuhkan dan menyediakan sejumlah wang bagi menyelenggara institusi - institusi Islam.Peruntukan tersebut adalah seperti yang berikut :

(2) (“… and there shall be no discrimination on the ground only of religion in any law relating to such institutions or in the administration of any such law; but it shall be lawful for the Federation or a State to establish or maintain or assist in establishing or maintaining Islamic institutions or provide or assist in providing instruction in the religion of Islam and incur such expenditure as may be necessary for the purpose.”.)

Melalui peruntukan itu, adalah sah bagi Kerajaan Persekutuan dan Negeri menubuhkan dan membantu institusi - institusi Islam seperti JAKIM, JKSM, JAWHAR, Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, masjid-masjid, sekolah-sekolah agama, kolej, universiti Islam dan sebagainya. Hak tersebut tidak boleh dipertikaikan oleh penganut-penganut agama lain atas alasan diskriminasi kerana Perlembagaan Persekutuan sendiri membenarkan (it shall be lawful) keistimewaan yang diberikan kepada institusi Islam sebagai agama bagi Persekutuan;

Penyelarasan Di Peringkat Persekutuan

Pewujudan Majlis Raja - Raja melalui Perkara 38, Bahagian IV, Perlembagaan Persekutuan sebagai badan penyelaras dan rujukan tertinggi dalam hal-ehwal yang melibatkan kepentingan agama Islam. Sebagai contoh, Mesyuarat Majlis Raja-Raja (Khas) kali ke-127 pada 29 Jun 2009 baru -baru ini telah menangguhkan pindaan terhadap Akta 505, Akta 303 dan Akta 164 bagi memastikan keseluruhan cadangan pindaan yang menyentuh kepentingan umat Islam dibincangkan terlebih dahulu dengan Majlis - Majlis Agama Islam Negeri - negeri.

Walaupun Negara ini meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, tidak semestinya semua undang - undang perlu dilabelkan dengan “Islam” atau “Syariah”. Apa yang penting ialah prinsip undang-undang yang digubal itu tidak bercanggah dengan hukum Syarak atau maqasid Syariah (higher objective of Islamic Law). Bagi tujuan tersebut, usaha mengharmonikan undang-undang sedia ada supaya selaras dengan maqasid Syariah perlu digiatkan supaya undang-undang yang berkuatkuasa di Negara ini bersifat patuh Syariah (Syariah compliant). Langkah tersebut juga adalah selaras dengan Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan pihak berkuasa membuat pengubahsuaian undang-undang untuk dikuatkuasakan dalam Negara yang merdeka ini.







Kesimpulan

          Sebagai Agama bagi Persekutuan, Islam terus dipelihara selaras dengan peruntukkan undang-undang Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Tubuh Negeri-negeri dan Undang-undang Negeri. Apa yang perlu dipastikan oleh pentadbir Negara dan anggota perkhidmatan awam ialah, dalam apa juga langkah pembentukan dasar dan undang-undang Negara, ia perlu selaras dengan kedudukan agama Negara tersebut. Tanggungjawab untuk memelihara agama Islam sebagai mana yang terkandung dalam sumpah YDPA merupakan amanah yang mesti dilaksanakan oleh semua pihak dalam urusan pemerintahan Negara ini, tanpa mengira kaum dan agama. Sebarang usaha daripada rakyat Malaysia sendiri untuk merendah - rendahkan kedudukan agama Islam boleh dianggap sebagai suatu penghinaan kepada Perlembagaan dan Negara. Semua pihak perlu mengakui hakikat kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Islam yang terkandung dalam sejarah Negara ini yang diwarisi secara turun-temurun. Ia perlu dihayati dan dipertahankan kerana sesuatu bangsa yang melupai sejarah bangsanya sendiri pasti kelakakan dihukum disebabkan ke alpaan mereka itu.

Sekian, terima kasih daipada saya, 
Nurul Atikah Binti Gami@Jamil.

BAB 5 - ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

5.1  DASAR MALAYSIA TENTANG HAL EHWAL SERANTAU DAN DUNIA


Pedahuluan

Seperti yang kita sedia maklum, kesemua Negara di dunia mempraktikkan premis tersebut dalam penggubalan dasar luar hubungannya dengan Negara lain. Malaysia sangat menitikberatkan dasar ini agar usaha serta langkah yang diambil adalah berpandukan objektif yang menjamin keselamatan dan kemakmuran Negara serta menentukan keamanan di rantau Asia Tenggara terus berkekalan. Disini perlu ditekankan bahawa kepentingan Negara kita sebenarnya amat meluas dan tidak hanya tertakluk kepada isu keamanan dan keselamatan semata-mata bahkan melibatkan juga kegiatan ekonomi Negara.

Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya sedar betapa pentingnya negara terus maju dan produktif seiring kerajaan mengamalkan dasar ekonomi terbuka dan bercorak antarabangsa. Kita juga perlu tahu bahawa sektor pembuatan merupakan tunggak utama ekonomi negara dan kebanyakan barangan yang dihasilkan adalah untuk eksport. Tegasnya, sebagai sebuah negara dagang, Malaysia perlu menjalin perhubungan baik dengan negara luar.

Konklusinya, kedaulatan negara merupakan tunggak utama sistem perhubungan antarabangsa. Oleh itu, pengendalian dasar luar negara perlulah bercerminkan keadaan yang sedemikian rupa. Justeru, Malaysia lantang menyuarakan idea di persada antarabangsa. Seiring dengan itu, Malaysia juga berkerjasama dengan negara-negara luar dalam usaha mengutarakan kedudukan kita berasaskan kepentingan negara.
  
Objektif Dasar Luar Negara

Secara ringkasnya, objektif-objektif dasar luar hubungan Malaysia dengan negara lain adalah untuk menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. Seterusnya, untuk mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain. Selanjutnya, menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial pada peringkat antarabangsa. Tegasnya, objektif dasar ini juga adalah untuk mempertahankan dan memajukan ha kepentingan dan aspirasii Malaysia dalam semua bidang dan sekali gus memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain.


Peranan Kementerian Luar Negeri

Seperti yang kita tahu, kementerian luar negeri ialah sebuah agensi kerajaan yang diberi mandat dan tanggungjawab untuk mengendalikan hubungan luar Malaysia dengan Negara-negara asing. Hal ini merangkumi perkara-perkara berhubung dengan hubungan politik, hal ehwal ekonomi, keselamatan serta promosi sosial dan kebudayaan. Selain itu kementerian ini juga berperanan untuk menepati objektif-objektif tersebut, menguruskan hubungan dua hala, hubungan serantau dan pelbagai hala dengan negara-negara asing dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Hubungan ini merangkumi bidang politik, ekonomi dan kebudayaan. Seterusnya, kerajaan bertanggungjawab dalam mempromosi pelabura-pelaburan dan perdagangan dengan negara-negara asing serta mengendalikan aktiviti-aktivi sokongan termasuk perkhidmatan, pentadbiran am, kewangan, kaunselor, keselamatan dan komunikasi.

Kesimpulannya, misi kementerian luar negeri adalah untuk melindungi dan memajukan kepentingan Malaysia dan menyumbang kearah suatu komuniti antarabangsa yang adil dan saksama melaui amalan diplomasi proaktif.

Sekian, terima kasih daripada saya,
Siti Norshiqah Binti Mohd Shukri.

BAB 4 - PEMBANGUNAN NEGARA

4.2    Dasar-dasar utama Malaysia
4.2.1 Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Dasar Kebudayaan Kebangsaan didefinisikan sebagai kebudayaan keseluruhan cara hidup manusia. Kebudayaan penting dalam proses pembangunan negara kerana keperibadian Malaysia mesti dipupuk melalui usaha meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ianya memerlukan kerjasama dan penglibatan semua lapisan masyarakat.Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum. Maka , proses pembentukan kebudayaan nasional mestilah melakukan sebuah perancangan yang teliti dan rapi agar dapat melahirkan cara hidup yang harmoni.
Buat pengetahuan semua pembaca, Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah diperkenalkan pada tahun 1971 di Malaysia. Ianya lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan. Dasar ini ditubuhkan sebagai garis panduan dalam membentuk,mewujud dan mengekalkan identiti negara. Penggubalan dasar mestilah mempertimbangkan fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara. Contohnya seperti negara sebagai pusat pertemuan,pusat perdagangan dan pusat tamadun. Negara kita menjadi pusat-pusat tersebut sejak dua ribu tahun lampau.Peranannya adalah sebagai pusat pertemuan. Ia telah melahirkan beberapa proses seperti interaksi,pengenalan,penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas. 

Kebudayaan Kebangsaan Malaysia berlandaskan TIGA prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan :  
      I.     Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia , Indonesia, Filipina , Singapura , Brunei,Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia,Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun Melayu. Rantau ini adalah pusat pemancaran,pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman.

     II.     Unsur Kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik,sentiasa berubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum. Dengan unsur-unsur budaya Cina,India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.

     III.     Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berpribadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang usaha bagi mengisi kehendak emosi dan fizikal kerana ia patut jadi unsur utama dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.

Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:
a) Pemulihan,pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas kebudayaan kebangsaan melalui usahasama penyelidikan,pembangunan,pendidikan,pengembangan dan perhubungan budaya

b) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha membimbing dan melatih peminat menggerakkan kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan.

c) mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan,kenegaraan dan nasionalisme Malaysia

d) Memenuhi keperluan sosiobudaya

e) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
 Kesimpulannya dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dicapai dalam masa singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini. Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan. Dasar ialah dasar yang dibina oleh kerajaan yang mampu menyatukan rakyat Malaysia dari sudut kebudayaan. Secara tidak langsung mampu menggambarkan keharmonian dan penyatuan masyarakat Malaysia walaupun rakyat Malaysia berbeza agama dan pegangan masing-masing. Tuntasnya dasar kebudayaan ini mampu mewujudkan sebuah negara yang lebih makmur dan memiliki masyarakat yang lebih hormat-menghormati.


Sekian, terima kasih daripada saya,
Nurul Azwa Binti Kasim.

BAB 3 - KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

3.3 RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI
3.3.1 Peristiwa 13 Mei 1969


“A society which does not look back with pride upon its past can never look forward towards its future”.

Pendahuluan

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkankesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Meisememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau keranasebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun diTanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagaipunca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telahbanyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalanekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalanini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usahabertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.

Sorotan Peristiwa

Sebelum Mei 1969
Semuanya bermula sejak dari penjajahan British lagi. Bagi menjamin cengkaman British ke atas tanah Melayu , penjajah telah menjalankan dasar “Divide and Rule” (pecah dan perintah) dengan membawa orang-orang Cina dari Tanah Besar China dan orang-orang India dari British Raj bekerja di Tanah Melayu dibawah sector ekonomi berbeza. System pendidikan bercorak perkauman juga menyumbang kepada kewujudan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum di Malaysia. Kemudiannya penjajahan Jepun menyebabkan hubungan kaum semakin meruncing. Orang Melayu mendapat layanan tidak seteruk Orang Cina. Kemudiannya kebanyakan orang Cina menganggotai PKM dalam cubaan menggulingkan Jepun dan menubuhkan republic Komunis di Malaya.
Pertelingkahan antara kaum terutama Melayu dengan Cina telah berlaku di Georgetown(1957), Pangkor(1959), Bukit Mertajam (1964) dan beberapa tempat lagi yang menyebabkan kematian dan kerugian di kedua-dua belah pihak. Situasi menjadi semakin buruk apabila berlaku Rusuhan Kaum di Singapura pada 21 Julai 1964 yang membawa kepada pemisahan Singapura dari Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965 apabila Lee Kuan Yew melalui PAP yang mempertikaikan keistimewaan orang Melayu dalam kempen pilihanraya pada tahun 1964. Perjuangan PAP dengan slogan “Malaysian Malaysia” diteruskan DAP.


Pada bulan April 1969, seorang petugas pilihanraya UMNO, Encik Kassim Bin Omar telah dibunuh dengan kejam oleh pemuda-pemuda Parti Buruh. Mayatnya diconteng dengan cat merah dan ditulis ‘Jangan Mengundi Dalam Pihanraya’. Hal ini menunjukkan pengaruh komunis dan sikap mengagung-agungkan Mao Tze Tung. Namun disebabkan takutkan tindak balas orang Melayu, gangguan PRU dan rusuhan kaum berlaku, berita pembunuhan yang kejam ini telah ditutup selepas kerajaan telah meminta pihak keluarga dan pemimpin Melayu bersabar.
9 Mei 1969 “Perarakan Mayat/Keranda”

Pengaruh PKM dan Parti Buruh dalam melaungkan sokongan terhadap fahaman Komunis dan Mao telah memboikot pilihanraya umum 1969. Pada 4 Mei 1969 3 peronda Polis terpaksa melepaskan tembakan terhadap sekumpulan pemuda Parti Buruh yang bertindak menyerang anggota polis dengan batang besi. Seorang daripadanya mati. Mayatnya disimpan oleh pihak parti buruh dalam peti sejuk untuk diarak semasa hari pengundian untuk mengganggu pilhanraya. Pemohonan utk mengadakan perarakan pada 10hb ditolak dan digantikan pada 9hb. Perarakan yg dibenarkan polis itu bersyarat iaitu tidak melebihi beberapa ratus orang dan jalannya tidak menghala ke kuala lumpur. Arahan tersebut diingkari, 10,000 org terlibat dalam perarakan yg diadakan di tengah Bandar KL sambil mengibarkan bendera komunis dan gambar Mao serta menghina org Melayu dengan kata-kata “Malai- Si (Matilah Melayu). Disebabkan esoknya merupakan pilihanraya , polis diarahkan untuk berhati-hati.


Perarakan mayat Lim Soon Seng oleh Parti Buruh. Kelihatan sepanduk yang melaungkan ajaran komunis Mao

10 Mei 1969 “Keputusan Pilihan Raya Umum Semenanjung 1969”

Keputusan pilhanraya menyaksikan PERIKATAN dinafikan majority mudah di parlimen oleh Pembangkang. GERAKAN menguasai Pulau Pinang, PAS di Kelantan dan DAP-PPP-GERAKAN hampir menumbangkan PERIKATAN di Selangor dan Perak. (Di Selangor PERIKATAN=14 DAP=9 GERAKAN=4 manakala di Perak PERIKATAN=19 PPP=12 DAP=6 GERAKAN=2 PAS=1). Walaubagaimanapun GERAKAN tidak berhasrat untuk bergabung dengan mana-mana pembangkang membolehkan PERIKATAN dapat membentuk kerajaan negeri di Selangor dan Perak.


Keputusan pilihanraya umum 1969. Perikatan hilang majority mudah 2/3 di Parlimen apabila hanya memperoleh 66 kerusi dari 104 yang dipertandingkan di semenanjung.

11 Mei 1969 “Perarakan Kemenangan DAP”

DAP membuat perarakan kemenangan yg tidak mendapat kebenaran polis. 5 petang, 5 kereta dan 15 motosikal dari jalan Brickfields ke Jalan Lornie. Sampai di Balai Polis Brickfield, peserta yg kebanyakannya org cina melaungkan “apa polis boleh buat- kita raja” dan “buang semua polis melayu”. Goh Hock Guan ada dalam perarakan tersebut. 8.30 mlm, satu lagi perarakan DAP di jalan Bukit Bintang. 10 mlm, perarakan kemenangan menghala ke kuala Lumpur. Di hadapan Balai Polis Jalan Travers mereka melaungkan “Mati Melayu- Sakai pergi masuk hutan”. Manakala 40 ahli GERAKAN berarak di Jalan Changkat Dollah berhampiran Penjara Pudu dengan kereta dan skuter sambil berteriak “Kuala Lumpur sekarang Cina punya”. Tengah malam, perarakan bersama DAP-GERAKAN juga melalui dihadapan Balai Polis Brickfields dan melakukan perkara sama.

12 Mei 1969 “Perarakan Kemenangan GERAKAN

GERAKAN telah diberi kebenaran untuk berarak dari jalan Ipoh ke Jalan TAR, jalan Gombak, Jalan Raja Laut dan kembali ke Jalan Ipoh. Mereka yang diketuai Dr Tan Chee Khoon melolong kepada tiap-tiap orang Melayu dengan kata-kata menghina seperti “Melayu balik kampong” dan “melayu sekarang tak ada kuasa lagi”. Perarakan mengandungi 500 skuter. Apabila sampai di Kampung Baru kata-kata seperti “Melayu keluar-apa lagi duduk sini” dan “kita hentam lu, sekarang kita besar” telah dihemburkan. 4.00 petang Balai Polis Pudu dihujani teriakan “Kasi halau semua polis”. 7.30 mlm, 5 pemuda cina sambil berteriak ‘semua melayu kasi habis” cuba memukul seorang anggota polis sebelum lari apabila polis mengeluarkan pistolnya. 8.30 mlm di Balai Polis Bukit Bintang perarakan bersama DAP-GERAKAN telah memekik “Apa ini melayu kita negeri dia sudah perintah. Ini negeri bukan melayu punya” dan “Mata-mata(polis) lanchau”. 9.30 malam perarakan oleh GERAKAN di hadapan Kolej MARA Petaling Jaya memukul tin besi dan memekik ‘MARA butoh, MARA tundun, kapal layar (symbol PERIKATAN) bocor” “MARA 5 tahun lagi akan jahanam, sekarang kita perintah apa boleh buat, Melayu boleh balik kampong.” Saksi terlihat V David berdiri dalam kereta terbuka dengan sekalung bunga di lehernya.

Perarakan kemanangan pihak pembangkang iaitu Gerakan & DAP di Kuala Lumpur. Jelas kelihatan penyapu besar yang turut diarak bersama mengundang maksud tertentu

13 Mei 1969 “Tragedi”

Subuh, 60 penyokong GERAKAN melalui Jalan Hale dan mencela penduduk Kampung Baru supaya “keluar dari kampong dan balik ke hutan”. 7.30 mlm perarakan kemenangan Perikatan Selangor diketuai UMNO pula diadakan setelah mendapat kebenaran polis. Perarakan ini juga dihadiri penuntut Kolej MARA. Semua orang melayu berkumpul di rumah MB Selangor di Kampung Baru. Sbelum itu pada 6.15 ptg berlaku rusuhan di Setapak dimana orang melayu dari Gombak telah diserang ketika perjalanan ke Kampung Baru. Rusuhan ini dan kemudiannya merebak ke Cheras, Kerinchi, Kampung Pandan dan Kampung Datuk Keramat. 6.30 petang lebih kurang 500 orang berhimpun di rumah Dato Harun Idris. Sesetengahnya bertombak dan berkeris. Dato Harun berdiri diatas bas merayu supaya bertenang tetapi mereka menjerit “tidak boleh tahan lagi tok.” Hampir 300 org melayu keluar menuju ke Jalan TAR manakala yang lain sempat ditahan Pasukan Pencegah Rusuhan. Pertempuran bersenjata antara orang melayu dan bukan melayu berlaku. Perusuh Cina telah mengepung dan menyerang orang melayu di Panggung Rex, Federal dan Capitol. Pasukan Regimen Renjer yang kemudiannya digantikan polis dan tentera mengawal keadaan dan mengisytiharkan perintah berkurung. Keluarga-keluarga yang ketakutan mendapatkan perlindungan di kawasan yang dipatrol oleh pihak tentera. Operasi mengawal ketenteraman oleh pihak tentera semasa 13 Mei 1969 diberi gelaran Ops Gerhana manakala pihak polis menggunakan gelaran Ops Tenteram.



Banyak kenderaan ditepi jalan diterbalikkan dan dibakar tanpa mengetahui apakah nasib pemandu dan penunggangnya. Mayat-mayat bergelimpang serta banyak kedai dan rumah dibakar. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai menganggar ramai lagi dibunuh.

14 Mei 1969 “Darurat”
Yang Dipertuan Agong Malaysia telah mengisytiharkan darurat. Perlembagaan dan parlimen digantung. Pilihanraya Malaysia Timur ditangguhkan.
16 Mei 1969 “MAGERAN”
Tunku telah menubuhkan MAGERAN yang diketuai Tun Abdul Razak mentadbir Negara dalam pengisytiharan darurat. Tun Abdul Razak telah dibantu oleh anggota-anggota majlis yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi Polis dan Tentera.


Di atas merupakan antara terbitan yang menceritakan peristiwa tragedy 13 Mei. Dari kiri “May 13: Declassified documents on the Malaysian Riots of 1969” karangan Kua Kia Soong bekas ahli DAP, “Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu-Cina” karangan seorang pegawai British Leon Comber., Laporan Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN dan juga “13 Mei Sebelum dan selepas” oleh Tunku Abdul Rahman. Aku galakkan korang baca kisah 13 Mei dari pelbagai sumber. Kua Kia Soong didalam bukunya mengatakan bahawa Tragedi 13 Mei sebenarnya ialah rancangan Tun Razak, Dato Harun dan Tun Mahathir dalam menjatuhkan Tunku. Tunku pula didalam bukunya menyatakan bahawa punca tragedy ini ialah peranan yang dimainkan pihak Komunis dalam mengapi-apikan semangat perkauman. Laporan MAGERAN pula menulis bahawa ucapan oleh pemidato semasa kempen pilihanraya yang meniup semangat perkauman dan mempersoalkan keistimewaan bumiputera mendorong berlakunya peristiwa ini. Tunku dan Laporan MAGERAN juga turut menyatakan penglibatan kongsi gelap memburukkan lagi keadaan.

Kesimpulan

Selepas peristiwa ini kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar seperti Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara bagi memulihkan system sosio-ekonomi Negara dan perpaduan penduduk. Diharapkan peristiwa seperti ini tidak lagi berulang di Malaysia. Dalam peristiwa ini apa yang penting bukanlah siapa yang terlibat dan bersalah dalam rusuhan ini, tetapi apakah puncanya peristiwa ini berlaku dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya. Sikap ultra-racist, chauvinist serta kegagalan dalam memahami Kontrak Sosial dan Pakatan Murni semasa penubuhan Malaysia merupakan punca utama masalah ini berlaku.


Sekian, terima kasih daripada saya,
Nur Ainna Fatin Binti Murat.

Wednesday, September 10, 2014

BAB 2 - PERLEMBANGAAN MALAYSIA

Pendahuluan

Konsep, dan ciri-ciri Perlembagaan Malaysia membawa makna yang besar kepada rakyat Malaysia khususnya. Perlembagaan merupakan elemen penting dalam amalan sistem politik demokrasi. Ia adalah satu kumpulan peraturan atau undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian hak dan kuasa, prosedur, panduan kepada kerajaan dan rakyat. Ia adalah undang-undang tertinggi dalam sesebuah negara. Ia berbentuk bertulis yang didokumentasikan dan juga tidak bertulis iaitu undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan juga keputusan mahkamah.

Mengenai ciri-ciri perlembagaan Malaysia, ianya menceritakan mengenai betapa penting dan wajibnya perlembagaan Malaysia terhadap Malaysia kerana sistem pemerintahan dan pentadbiran negara Malaysia selepas merdeka adalah sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Negara kita mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan iaitu kuasa pentadbiran diagihkan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Negara kita juga banyak lambang kebangsaan seperti lagu kebangsaan, bendera kebangsaan, dan jata negara.

           Selain itu, ciri-ciri perlembagaan Malaysia adalah dokumen rasmi dan di dalamnya terdapat segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Seterusnya, untuk mewujudkan perpaduan antara kaum dan hidup sepakat dalam pelbagai kaum di Malaysia.

Perlembangaan



Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan. Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan orang yang diperintah. Perlembagaan bertujuan untuk memastikan kewujudan sebuah pemerintahan yang adil, menggelakkan penyalahgunaan kuasa, mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat serta menjamin keamanan dan kestabilan negara. Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan perlembagaan bertulis yang mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual yang meliputi kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewargenegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain lagi. Tidak ada undang-undang atau institusi boleh melangkaui perlembagaan sebagaimana termaktub dalan Perkara 4(1) iaitu; “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama bagi Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang bertentangan dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat yang bertentangan itu”.
Profesor Dicey berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja iaitu Prinsip Kedaulatan Parlimen dan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang. Walau bagaimanapun, seperti mana yang dijelaskan oleh Tun Mohamad Salleh Abas (dalam Salleh Abbas, 1986), takrif yang diberikan tersebut tidak mencukupi kerana apa yang terkandung dalam perlembagaan itu merangkumi sesuatu yang lebih luas. Beliau juga telah menjelaskan bahawa perlembagaan itu ialah suatu surat atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah negara yang moden.

Sejarah Perlembangaan Malaysia

Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Berikutan Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1956. Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil
Kerajaan British, penadihat Majlis Raja-Raja dan Pemimpin-Pemimpin parti.

Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan. Memorandum yang disebut sebagai Pakatan Murni iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.

Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957.

Tujuan Perlembangaan

1. Menjamin Keutuhan dan Kedaulatan Negara

Perlembagaan boleh menjamin keutuhan dan kedaulatan sesebuah negara. Ia merupakan undang-undang tertinggi yang perlu dipatuhi dalam menetuka hala tuju sesebuah negara. Tanpa perlembagaan rakyat sesebuah negara tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia mereka dalam mendirikan sebuah negara yang makmur dan utuh. Semangat nasionalisme tidak akan wujud di kalangan rakyat yang tidak memikirkan dan mencintai negara mereka. Apabila semangat ini tidak terdapat di dalam diri seseorang rakyat, maka tidak akan wujud semangat patriotisme di dalam jiwa mereka sebagai satu syarat untuk menyumbangkan tenaga mereka terhadap negara. Justeru itu, negara menjadi lemah. Apabila sesebuah negara tidak mempunyai kekuasaan yang utuh, pemerintahan yang kuat, musuh dengan mudah mengambil alih kerajaan atau tampuk pemerintahan negara. Jadi dengan adanya perlembagaan negara, rakyat dapat berpegang kepada satu undang-undang yang diamalkan dan dihormati bersama untuk memastikan kewujudan sebuah negara yang berdaulat.

2. Sebagai Rujukan

Dengan adanya perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara, pihak-pihak yang bertentangan antara satu sama lain boleh menjadikan ia sebagai sumber rujukan untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Keadaan tegang akibat daripada perasaan tidak puas hati dapat dielakkan jika rakyat diwajibkan menurut dan menghormati apa yang tercatat di dalam perlembagaan. Masalah ketidakfahaman boleh diselesaikan dengan tenang berdasarkan undang-undang yang telah sedia ada di dalam perlembagaan. Apabila semua pihak yang bertentangan duduk membincangkan masalah mereka secara bersama, maka masalah yang mungkin timbul tidaklah begitu sukar diselesaikan. Justeru itu, dengan adanya perlembagaan sebagai sumber rujukan utama dari segi perundangan ia dapat menyesuaikan konflik yang berlaku di dalam sesebuah negara dengan lebih mudah.

3. Mewujudkan Kestabilan Negara

Walaupun pada dasarnya perlembagaan boleh dipinda, namun ia tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Sebarang pindaan perlembagaan yang dilakukan dalam mana-mana negara, ia mestilah berdasarkan perlembagaan juga. Jika pindaan boleh dilakukan dengan mudah dan mengikut kehendak pemimpin-pemimpin (penggubal), maka ini akan menghasilkan satu keadaan kucar-kacir di mana pemimpin itu mungkin bertindak sesuka hatinya dan mengabaikan kemahuan rakyat. Oleh itu, jelas betapa perlunya perlembagaan bagi mengekalkan keamanan dalam sesebuah negara.

4. Mengawal Perjalanan Kerajaan

Dengan adanya perlembagaan, segala tindakan para pemimpin dapat diketahui atau dipastikan. Ini kerana segala tindak-tanduk mereka mestilah berdasarkan kepada perlembagaan yang telah dicatatkan, bukan bertindak mengikut sesuka hati. Oleh itu, pihak pemerintah tidak dapat melakukan sebarang perbuatan yang boleh menyeleweng daripada perlembagaan. Ini bererti perlembagaan dapat menjamin agar pihak pemerintah tidak berlaku curang atau menyalah guna kuasa yang diperuntukkan kepada mereka.

5. Mengekalkan Keamanan

Perubahan pucuk pimpinan yang berlaku selepas proses pilihan raya tidak akan menyebabkan sebarang kesan ke atas negara mahupun corak pemerintahan. Ini kerana setiap pemimpin dari parti politik yang menang mestilah mempunyai cita-cita atau konsep yang sama dalam mengendalikan negaranya. Mereka sepatutnya memerintah negara dengan tujuan yang sama sebagaimana pemimpin-pemimpin terdahulu yang memerintah. Oleh itu, walaupun terdapat pertukaran pemimpin, tujuan pemerintahan tidak akan terkeluar daripada maksud berusaha memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat.

6. Perlembagaan Menjamin Keamanan Sesebuah Negara

Dengan adanya perlembagaan rakyat mendapat jaminan undang-undang bahawa tidak akan ada unsur-unsur diskriminasi di kalangan mereka. Pembahagian kuasa dinyatakan secara jelas dalam perlembagaan antara rakyat dengan pemerintah serta badan perundangan telah memisahkan antara satu sama lain daripada melakukan penindasan dan salah guna kuasa. Tidak ada pihak mendapat keistimewaan dari segi undang-undang, sebaliknya semua orang harus menghormati dan mematuhi perlembagaan negara. Sikap ini boleh membantu mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat sebagai syarat untuk membolehkan mereka hidup aman damai.

Ciri-ciri Perlembangaan Malaysia

Ianya telah diperkenalkan pada 16 september 1963. Perlembagaan Malaysia ini mengandungi 183 perkara. Ianya mengandungi pelbagai peruntukan seperti:

i. Senarai Kerajaan Persekutuan
ii. Senarai Kerajaan Negeri
iii. Institusi Yang di-Pertuan Agong
iv. Parlimen- Jemaah Menteri
v. Badan kehakiman

 Malaysia juga merupakan sebuah negara persekutuan. Oleh sebab itu, Perlembagaan Malaysia telah membahagikan kuasa antaranya ialah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Negeri-negeri yang telah bergabung dengan Persekutuan Malaysia diberikan hak,kuasa,dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri. Perlembagaan Malaysia telah mewujudkan Senarai Persekutuan, Senarai Negeri, dan Senarai Bersama. Perlembagaan Malaysia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Keluhuran Perlembagaan, Kepentingan Perlembagaan, dan Pindaan Perlembagaan.

Keluhuran Perlembangaan

Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip yang ketiga dalam Rukun Negara di antara lima prinsip Rukun Negara. Keluhuran Perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu. Keluhuran Perlembagaan Malaysia juga mengatasi ketertinggian:

i. Yang di-Pertuan Agong
ii. Parlimen
iii. Jemaah Menteri
iv. Mahkamah

Semua peraturan atau undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah. Undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang yang bercanggah atau bertentangan denga Perlembagaan Persekutuan akan terbatal dengan sendirinya Ini telah dinyatakan dalam perkara 75. Mahkamah berkuasa untuk menjaga keluhuran dan perlembagaan supaya tidak tercabar an terjejas oleh mana-mana undang-undang. Contoh ketertinggian Perlembagaan kita dalam kedudukan Yang di-Pertuan Agong.

i. Kuasa Yang di-Pertuan Agong ditetapkan oleh perlembagaan tetapi kedudukan baginda                  
        mengatasi undang-undang iaitu tidak boleh didakwa di mahkamah.
ii. Keadaan ni menunjukkan bahawa baginda telah mendapat kuasa daripada Perlembagaan.

Semua pemerintah juga mendapat kuasa daripada perlembagaan , ini jelas menunjukkan bahawa perlembagaan merupakan dokumen rujukan Negara. Dalam perlembagaan terdapat beberapa  perkara yang tidak boleh dipersoalkan antaranya termasuklah:

i. Agama Islam sebagai agama rasmi
ii. Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak
iii. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai lambang semangat kebangsaan dan perpaduan negara
iv. Kedudukan raja-raja Melayu yang menjadi lambang tradisi kerajaan


Pindaan Perlembangaan

     Kepentingan Perlembagaan bertujuan untuk menjamin kestabilan sesebuah Negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Selain itu, kepentingan perlembagaan adalah menjamin keadilan, kecekapan, kejujuran, ketelusan, serta kelicinan pemerintahan dan pentadbiran sesebuah kerajaan. Setiap pemimpin memerlukan perlembagaan semasa memerintah agar pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Kepentingan perlembagaan juga adalah untuk menjamin ketaatan rakyat kepada Negara. Rakyat juga perlu berpegang pada matlamat yang sama supaya semangat patriotisme dapat dibentuk.

      Seseorang yang bukan rakyat Malaysia akan dilucutkan kewarganegaraannya menerusi perkara 24 Perlembagaan Malaysia. Manakala dalam perkara 25 pula, seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada Negara ini. Kedua-dua perkara ini diperuntukkan dalam perlembagaan supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti bangsa dan Negara Malaysia. Selain itu, kepentingan perlembagaan Malaysia adalah untuk menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di Negara ini. Beberapa kebebasan yang dimaksudkan dalam perlembagaan Malaysia adalah:

i. Kebebasan diri
ii. Kebebasan bercakap
iii. Kebebasan memiliki harta(perkara 13)
iv. Kebebasan beragama(perkara 11)
v. Hak sama rata di sisi undang-undang perkara 8

Rakyat akan mengetahui bahawa setiap masyarakat mempunyai had kebebasan mereka di sisi undang-undang. Perlembagaan Malaysia dalam perkara 153 memperuntukan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. Antara hak istimewa tersebut termasuklah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pemberian kemudahan pendidikan, pemberian lesen perniagaan dan perdagangan. Perkara 153 dalam perlembagaan juga memastikan pelaksanaan tersebut dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak mengabaikan kaum-kaum lain di Malaysia. Selain itu, kepentingan perlembagaan juga adalah untuk menjamin kerjasama, keadilan, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

Perlembagaan juga dijadikan rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri supaya:

i. Sistem pentadbiran Negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan
ii. Perlembagaan Negeri tidak bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia

Kepentingan Perlembagaan Malaysia juga menjamin kedudukan hak istimewa orang melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak. Ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Kerajaan Persekutuan menggunakan senaria kuasanya untuk membangunkan Sabah dan Sarawak. Kesannya, berlaku pembangunan yang pesat khususnya di kawasan pedalaman dalam bidang pendidikan dan kesihatan serta perkhidmatan pos, telekom, dan polis.

Pindaan Perlembangaan

Perlembagaan boleh dipinda dari semasa ke semasa. Sejak tahun 1957, Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Tujuan pindaan perlembagaan adalah melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan Negara, dan melicinkan pentadbiran. Selain itu, tujuan pindaan perlembagaan ialah supaya sentiasa sesuai dengan keperluan semasa menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati dan melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka.

    Antara perkara sensitif dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan termasuklah Pemerintahan Beraja, Agama Islam, Kedudukan Bahasa Melayu, dan Hak istimewa orang Melayu. Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 bagi mengehadkan seseorang daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara sensitif yang boleh mencetuskan rusuhan kaum. Tujuan Akta adalah untuk memelihara keharmonian, keselamatan, dan ketenteraman masyarakat berbilang kaum di Negara kita. Satu pindaan besar yang telah dilakukan ialah pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang di-Pertuan Agong dan raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah.

Cara Pindaan dan Perkara Pindaan

Pindaan Cara Pertama

-Persetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen.
-Persetujuan Majlis Raja-raja
-Tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu
-Keutamaan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri
-Jaminan takhta
-Kewarganegaraan
-Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah
-Perubahan undang-undang yang mengubah sempadan negeri

Pindaan Cara Kedua

- Persetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen
- Mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah

Meliputi perkara yang berkaitan dengan:
- Keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah
- Hak dan kuasa kepada Kerajaan Negeri tentang kuasa menahan kemasukan orang yang bukan dari
  Sarawak dan Sabah (Akta Imigresen 1961)
- Perkara perundangan dan pemerintahan kuasa negeri, agama, Bahasa, dan hak istimewa orang Melayu dan    bumiputera di Sarawak dan Sabah


Pindaan Cara Ketiga

- Memerlukan persetujuan lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen
- Perkara-perkara yang tidak termasuk dalam mana-mana tiga kaedah pindaan

Pindaan Cara Keempat
- Perkara yang boleh dipinda dengan hanya mendapat lebih suara Dewan Parlimen
- Pindaan jadual 2, 6, dan 7, Bahagian 3 Perlembagaan tentang kewarganegaraan, bentuk sumpah, ikrar,
   pemilihan, dan persaraan ahli Dewan.
- Pindaan yang melibatkan Perkara 74 dan 76 dalam Perlembagaan.
- Perkara 74

i. Berkaitan dengan perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama Senarai Persekutuan
- Hal ehwal luar Negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, dan undang-undang masalah jenayah
   Senarai Negeri
- Hukum syarak, tanah, pertanian, perhutanan, penyu, dan perikanan di sungai
   Senarai Bersama
- Kebajikan masyarakat biasiswa, perlindungan binatang liar, dan burung liar serta perancangan Bandar dan
   desa
- Perkara 76

ii.Parlimen boleh membuat undang-undang dalam Senarai Negeri yang melibatkan pelaksanaan persetiaan, perjanjian, dan konvensyen antara Persekutuan dengan mana-mana Negara lain


Penutup

Ianya adalah penting bagi mengetahui dan memahami akan perlembagaan Malaysia. Dengan adanya pengetahuan mengenai perkara tersebut, Negara tanah air kita pasti akan terlindung dan ada akan keistemewaannya yang tersendiri. Selain itu, dengan ini juga, rakyat dapat berpegang kepada satu undang-undang yang diamalkan dan dihormati bersama untuk memastikan kewujudan sebuah negara yang berdaulat. Dengan adanya perlembagaan sebagai sumber rujukan utama dari segi perundangan ia dapat menyesuaikan konflik yang berlaku di dalam sesebuah negara dengan lebih mudah.

Walaupun terdapat pertukaran pemimpin, dengan Perlembagaan Malaysia tujuan pemerintahan tidak akan terkeluar daripada maksud berusaha memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat. Ini bererti perlembagaan dapat menjamin agar pihak pemerintah tidak berlaku curang atau menyalah guna kuasa yang diperuntukkan kepada mereka. Oleh itu, jelas betapa perlunya perlembagaan bagi mengekalkan keamanan dalam sesebuah negara. Hal ini boleh membantu mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat sebagai syarat untuk membolehkan mereka hidup aman damai.

           Selain itu, pentingnya perlembagaan Malaysia adalah untuk menjamin hak asasi manusia dan memberi kenikmatan kepada semua yang berwarga kewarganegaraan. Seterusnya, perlembagaan juga dapat mengelakkan daripada berlakunya rusuhan antara kaum dan dapat mengeratkan hubungan dalam perpaduan Negara. Kepentingan perlembagaan juga adalah untuk menjamin kestabilan Negara dari segi kebebasan rakyat bersuara dan memberi pandapat masing-masing untuk keselesaan bersama.

           Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita perlulah bersatu dan bekerjasama bagi mencapai kata sepakat dalam membuat perlembagaan ini menjadi kenyataan yang  akan ditelusuri oleh angkatan muda pada masa hadapan untuk mereka jadikan sebagai panduan untuk memimpin Negara yang berdaulat ini.Selain itu,perlembagaan ini penting bagi menjadikan Malaysia sebagai Negara yg lengkap dari segi politiknya demi keamanan dan keharmonian Negara.



Sekian, terima kasih daripada saya,
Nur Syahirah binti Abdullah.

BAB 1 - SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu menganut fahaman animisme. Keadaan ini berubah selepas kedatangan islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur.

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara Cina. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut catatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari Cina, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertaman yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara, Menurul beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin). Manakala Ibnu Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara Cina antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hamper ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapa berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu.

Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun Melaka dan Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu dan Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab bebahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yag digariskan oleh Islam.

Agama islam mula berkembang di Melaka ketika negeri itu di bawah Parameswara. Parameswara dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terkahir yang berasal dari keturunan Srivijaya. Parameswara memeluk islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah. Baginda telah berkahwin dengan puteri Pasai, Indonesia. Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia. Pada 1411, Pawameswara telah membuat pelayaran melawat Negara Cina dengan rombongan pengiring sebanyaj 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo. Maharaya Yung Lo juga mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka.




Kelihatan pedagang-pedagang Arab bersembahyang di Pelabuhan Melaka. Pemeritahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdangangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka.
Pusat pusat penyebaran agama islam

Tempat                                                   Tarikh
1.Pasai                                           Abab ke 14
2.Melaka                                         Abad ke 15
3.Acheh                                          Abad ke 16

Peranan Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam

Melaka berperanan menyebarkan agama islam kerana adanya faktor-faktor tertentu. Diantara peranan Sultan iaitu Sultan Muzaffar Syah dimana baginda telah beusaha mengukuhkan dan menyebarkan agama islam di Melaka dan kawasan berhampiran dengannya. Sultan Muzaffar menjadikan hukum Islam sebagai asas pemerintahan baginda. Kumpulan dakwah pula telah berusaha mengajar hukum Islam dan dengan ini dapat membentuk meningkatkan tentang kefahaman dalam Islam. Tambahan pula Sultan Muzaffar memberikan galakan kepada pendakwh bagi melaksanakan rancangan untuk mengembangkan Islam. Antara pendakwah yang terdapat iaitu Kadi Melewar, Sayid Abdul Aziz, Maulana Abdul Sadar dan sebagainya. Mereka ini berasal dari Tanah Arab. Semasa pemerintaha  Sultan Gususan Kepulauan Melayu. Pendakwah dari Melaka telah pergi ke Pulau Jawa, Pulau Borneo dan sebahagian Selatan Filipina untuk sebarkan agama Islam.

Terdapat pedagang-pedagang yang datang ke Melaka turut mempelajari agama Islam semasa berdagang, kemudian menyebarkan pula ke negeri masing-masing. Dasar perluasan kuasa juga membantu di Sumatera seperti Johor, Pahang, Rokan dan Inderagiri. Di sini dikatakan kebanyakkan penduduknya beragama islam. Terdapat juga negeri-negeri yang secara sukarela meminta jadi sebahagian dari jajahan takluk Melaka seperti Kedah, Pattani dan lain-lain seterusnya menerima dan memeluk Islam. Ulama berperanan dalam memperkembangkan serta menyebarkan agama Islam. Setelah Islam berkembang, mereka memperluaskan serta memperdalamkan pengajaran dalam bidang tafsir, hadis dan tasawuf. Ulama juga bertugas sebagai imam, juru nikah serta katib. Antaranta Maulana Abu Bakar dari Mekah menjadi guru agam kepada Sultan Mansor. Sultan Mahmud pula berguru dengan Makhdum Sadar Jahan. Jadi di sini boleh dikatakan ulama mempunyai hubungan baik dengan sultan.

Pengaruh dan perkembangan Islam di Melaka dan juga di gugusan Kepulauan Melayu telah menghasilkan kesan-kesan yang bermanfaat antaranya ialah Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perantaraan bagi menyebarkan agama Islam. Tulisan arab telah diubah suai menjadi tulisan jawi, dan tulisan ini digunakan dengan meluas dalam surat menyurat, karya, sastera, penulisan arab dan lain-lain. Antara karya sejarah yang telah diubah penulisannya ialah Hikayat Seribu Satu Malam, Hikayat Abu Nawas dan Salatus yang dihasilkan pada zaman kegemilangan Empayar Melaka. Perkembangan agama Islam turut member kesan kepada system Kerajaan Melayu Melaka. Sultan Alaudin Riayat Shah memerintah Kerajaan Melaka berasakan kepada cara pemerintahan Khalifah Islam iaitu Saidina Umar Al Khatab. Undang-undang Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka dibentuk berdasarkan kepada hukum-hukum Islam.


Kesimpulan
Tidak ada kesepakatan dikalangan ulama tentang kriteria negara Islam kerana tidak terdapat nas Qat’i yang menentukannya. Justeru itu ulama berbeza pandangan dalam ijtihadnya dalam menentukan ciri-cirinya. Dalam pengalaman sejarah politik Islam tidak terdapat penentuan cara yang tetap dalam pemilihan pemimpin negara. Ada secara pemilihan terbuka dan ada secara warisan, tetapi semua bentuk pemimpin yang ditentukan itu diterima sah oleh ulama yang membincangkan teori politik Islam. Ulama juga tudak sepakat pendapat tentang syarat-syarat yang ditetapkan bagi ketua negara, kecuali beberapa syarat sahaja seperti keupayaan jasmani, kelayakan undang-undang, adil, kelayakan ilmu siasah, peperangan dan pentadbiran. Malaysia adalah sebuah negara Islam berdasarkan kepada majority penduduk Islam, keamanan yang dinikmati, pelaksanaan undang-undang Islam sebahagian besarnya dan kepimpinan negara dikuasai oleh orang Melayu Muslim.



Sekian, terima kasih daripada saya,
Siti Aisyhah Binti Samsudin.